Hangat!!

Sunday 25 September 2011

POSTO! POSTO!!! ADA SURAT LAGI UNTUK CIK PETI SURAT!!

HAI! HAI RAKAN BLOGGER!!! Agak-agaknya lah apa pula topik kita kali ini???
Hari ini Cik Peti Surat menerima surat daripada seorang wanita yang mahu dikenali KAK PAH sahaja.
Dalam surat Kak Pah ini,dia ada mengatakan tentang gadis melayu yang mula hilang ketimuran? Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Kak Pah ini sebenarnya yer???
Betul ke GADIS MELAYU SUDAH TIDAK CIRI-CIRI KETIMURAN???
APA PUNCANYA??? SIAPA YANG BERSALAH ??? 
Ini merupakan satu isu yang WAJIB DIKETENGAHKAN oleh semua pihak bukan sunat atau makruh erk..

Hari ini juga Cik Peti Surat ada terbaca satu artikel yang berkaitan dengan isu ini ' TIGA BERADIK LIAR BURU KEPUASAN - SAPU SEMUA LELAKI '
Agak menyedihkan setelah Cik Peti Surat membaca perjalanan hidup mereka dan melalui pembacaan Cik Peti Surat banyak faktor yang menyebabkan mereka terjebak dengan gejala sosial ini. Antara faktornya disebabkan pengaruh rakan sebaya terutamanya teman lelaki mereka ,dan mungkin juga disebabkan ibu bapa kurang bertegas kepada anak-anak. Menurut Dr Rubiah, ibu bapa kurang bersuara dan tidak bertegas terhadap setiap perlakuan tidak senonoh anak-anak mereka seolah-olah menghalalkan perbuatan liar anak-anak mereka.
Bukan itu sahaja,baru- baru ini juga Cik Peti Surat juga ada menerima link daripada kawan Cik Peti Surat yang ada menyebut ;

Ramai pengguna facebook yg muslim meletakkan gambar2 yg mendedahkan AURAT. Aurat Saya Maruah Saya dan Facebook bukan tempat untuk mengumpul atau menaburkan dosa. Semak balik gambar-gambar yang
kita masukkan dalam Facebook. Jika aurat tidak ditutup dengan sempurna
atau punyai aksi-aksi yang menghairahkan, mari kita menghapuskan semua GAMBAR YANG MENDEDAHKAN AURAT.

Apa yang disampaikan oleh rakan Cik Peti Surat adalah perkara yang benar jika lihat sendiri dalam laman web sosial seperti facebook,twitter.Amat menyedihkan apabila melihat perempuan terutama GADIS MELAYU yang beragama Islam memuat turun gambar-gambar yang mendedahkan aurat. Ada pula yang bertudung tetapi di dalam laman web sosial memuatkan turun gambarnya yang tidak bertudung.Apa cerita tu?? Cer cer citer...
Kat bawah ini ada sedikit gambar yang menunjukkan kepupusan budaya timur dalam kalangan remaja melayu kita.. ( bukan untuk mengaibkan mana- man pihak tapi sekdar untuk dijadikan teladan untuk semua)





Selain itu, hal ini dapat dibuktikan lagi dengan keadaan disekeliling kita. Kalau dahulu pada zaman emak kita sukar untuk kita lihatwanita pada zaman itu keluar masuk keluar masuk dengan lelaki yang bukan muhrim . Namun,SEKARANG???! Perkara itu bagaikan sudah menjadikan perkara yang biasa dalam masyarakat kita kini. Hinggakan ada anak gadis keluar sehingga larut malam. Kenapa hal ini terjadi??? Dimana pergi budaya timur kita yang mementingkan adab dan juga etika sebagai seorang WANITA TIMUR??

So, apa pula pendapat korang tentang isu ini ' GADIS MELAYU MULA HILANG CIRI KETIMURAN??? Anda setuju?? 

4 comments:

  1. saye memang stuju sangatlah dengan pndapat cik peti surat ni. hehe..

    bukan takat pumpuan je, laki pn sama je. hehe.

    contohnye kat tengganu.. skang da banyak brubah. dulu gadis2 sini memang dipenuhi sifat2 ketimuran. tapi skang huiiiiii..

    ReplyDelete
  2. hehe..betul ke?? kat mana2 pun semua sama jer orang lidi. mungkin dsbbkn pgruh kot..huhuu
    lelaki erk?? lelaki apa yg berubah yer???

    ReplyDelete
  3. kalo kita tgk dari segi pmakaian,kdg2 cik peti surat pkaian bdak lelaki melbih2 la pula yer skrg..
    takde masalah utk kita bgaya, tp asalkan pndai mjga batas..no hal..=p

    ReplyDelete