Hangat!!

Sunday 16 October 2011

BILA NAFSU MULA MENGUASAI DIRI...

Hai rakan blogger semua..
lama juga Cik Peti Surat tak update ek..Cik Peti Surat sibuk sikit dengan kerja-kerja Cik Peti Surat yang berlambak-lambak..
So, hari ini topik kita ialah 'BILA NAFSU MULA MENGUASAI DIRI..'
Hawa nafsu membawa maksud  kecondongan jiwa kepada perkara-perkara yang selaras dengan kehendaknya. Kecondongan ini secara fitrah telah diciptakan pada diri manusia demi kelangsungan hidup mereka. 
Seperti yang kita semua ketahui,kaum lelaki dan kaum wanita mempunyai nafsu yang berbeza.
Kaum lelaki dikatakan mempunyai SEMBILAN akal dan SATU nafsu sahaja, tetapi kaum wanita pula dikatakan memiliki SEMBILAN NAFSU dan SATU AKAL sahaja. Mengapa begini??? Nak tahu apa sebab-sebabnya bukan..


Mengikut kefahaman Cik Peti Surat,kaum wanita mempunyai banyak cabang nafsunya.Misalnya, nafsu tehadap makanan,nafsu terhadap kecantikan,nafsu terhadap barang kemas dan macam-macam lagi la..Tetapi lelaki hanya dikurniakan SATU NAFSU sahaja iaitu NAFSU terhadap SEKS, Sebab itu kaum lelaki kalau dah naik nafsu dia,sukar untuk dikawal.


Kadang-kadang apabila kita mula dikuasai nafsu,kita melakukan sesuatu yang berada diluar jangkaan kita. Oleh hal demikian,timbul pelbagai kes yang melibatkan nafsu seperti kes rogol. Sehinggakan ada pula kes datuk merogol cucu,bapa merogol anak dan macam-macam lagi. Perkara ini berlaku disebabkan NAFSU semata-mata.





GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.



Berbaur-baur perasaan Cik Peti Surat bila membaca artikel ini. Betapa kejam seorang ayah memperlakukan anaknya sendiri sebegitu. Hal ini berlaku disebabkan nafsunya yang tidak terkawal. Banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan dengan nafsu yang beraja pada diri kita, misalnya seperti kes hendak mencantikkan diri bagi kaum wanita akhirnya memakana diri sendiri.



NAK CANTIK ??


KUALA LUMPUR: Hanya kerana ingin memiliki kulit gebu seperti artis terkenal menyebabkan beberapa wanita mengalami kecacatan pada muka selepas menggunakan sejenis produk kosmetik pembunuh yang diseludup dari Filipina.
Produk kosmetik terbabit kononnya mampu menjadikan kulit si pemakai lembut umpama kulit bayi disahkan mengandungi kimia berjadual hydroquinone selain raksa pada tahap amat tinggi.

Kimia hidroquinone yang diharamkan penggunaannya oleh negara maju termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh menyebabkan kerosakan serius pada sel melanin kulit muka serta mengakibatkan keracunan pada darah.



Bagaimanapun, produk berkenaan dengan jenama Babyface yang diharamkan penggunaannya sejak sekian lama masih terus diseludup masuk ke negara ini walaupun puluhan operasi sudah dilakukan bagi menghapuskan produk itu.

nggi hingga boleh mengancam wajah wanita yang menggunakannya.

Ini terbukti apabila ratusan kotak produk itu bernilai lebih RM2,000 ditemui dan dirampas penguat kuasa farmasi KKM hasil pemeriksaan mengejut di beberapa premis produk tradisional sekitar Jalan Raja Bot, di sini, semalam.


Ketua Penolong Kanan Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Mazlan Ismail berkata, kandungan hydroquinone dalam produk itu amat tinggi.

Kerana itu, untuk mengelakkan nafsu terus beraja dalam diri kita. Kita hendaklah sentiasa ingatkan ALLAH S.W.T. Lengkapkan diri dengan ilmu agama yang secukupnya dan yang PALING PENTING SEKALI! Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita yer...





3 comments:

  1. bengong btui bapak budak tu. xreti nk thn nfsu.

    kalaula smua manusia brsyukur kan bagus.

    ReplyDelete
  2. sebab tu agak susah pada masa skrg kita nak bezakan manusia dan binatang..perlakuan manusia kadang2 jauh lebih hina drpd binatang yang xdikurniakan akal mahupun iman.

    Kalau manusia reti bersyukur,nescaya takkan blaku pkara sebgini..

    ReplyDelete