Hangat!!

Sunday 16 October 2011

BILA NAFSU MULA MENGUASAI DIRI...

Hai rakan blogger semua..
lama juga Cik Peti Surat tak update ek..Cik Peti Surat sibuk sikit dengan kerja-kerja Cik Peti Surat yang berlambak-lambak..
So, hari ini topik kita ialah 'BILA NAFSU MULA MENGUASAI DIRI..'
Hawa nafsu membawa maksud  kecondongan jiwa kepada perkara-perkara yang selaras dengan kehendaknya. Kecondongan ini secara fitrah telah diciptakan pada diri manusia demi kelangsungan hidup mereka. 
Seperti yang kita semua ketahui,kaum lelaki dan kaum wanita mempunyai nafsu yang berbeza.
Kaum lelaki dikatakan mempunyai SEMBILAN akal dan SATU nafsu sahaja, tetapi kaum wanita pula dikatakan memiliki SEMBILAN NAFSU dan SATU AKAL sahaja. Mengapa begini??? Nak tahu apa sebab-sebabnya bukan..


Mengikut kefahaman Cik Peti Surat,kaum wanita mempunyai banyak cabang nafsunya.Misalnya, nafsu tehadap makanan,nafsu terhadap kecantikan,nafsu terhadap barang kemas dan macam-macam lagi la..Tetapi lelaki hanya dikurniakan SATU NAFSU sahaja iaitu NAFSU terhadap SEKS, Sebab itu kaum lelaki kalau dah naik nafsu dia,sukar untuk dikawal.


Kadang-kadang apabila kita mula dikuasai nafsu,kita melakukan sesuatu yang berada diluar jangkaan kita. Oleh hal demikian,timbul pelbagai kes yang melibatkan nafsu seperti kes rogol. Sehinggakan ada pula kes datuk merogol cucu,bapa merogol anak dan macam-macam lagi. Perkara ini berlaku disebabkan NAFSU semata-mata.





GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.



Berbaur-baur perasaan Cik Peti Surat bila membaca artikel ini. Betapa kejam seorang ayah memperlakukan anaknya sendiri sebegitu. Hal ini berlaku disebabkan nafsunya yang tidak terkawal. Banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan dengan nafsu yang beraja pada diri kita, misalnya seperti kes hendak mencantikkan diri bagi kaum wanita akhirnya memakana diri sendiri.



NAK CANTIK ??


KUALA LUMPUR: Hanya kerana ingin memiliki kulit gebu seperti artis terkenal menyebabkan beberapa wanita mengalami kecacatan pada muka selepas menggunakan sejenis produk kosmetik pembunuh yang diseludup dari Filipina.
Produk kosmetik terbabit kononnya mampu menjadikan kulit si pemakai lembut umpama kulit bayi disahkan mengandungi kimia berjadual hydroquinone selain raksa pada tahap amat tinggi.

Kimia hidroquinone yang diharamkan penggunaannya oleh negara maju termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh menyebabkan kerosakan serius pada sel melanin kulit muka serta mengakibatkan keracunan pada darah.



Bagaimanapun, produk berkenaan dengan jenama Babyface yang diharamkan penggunaannya sejak sekian lama masih terus diseludup masuk ke negara ini walaupun puluhan operasi sudah dilakukan bagi menghapuskan produk itu.

nggi hingga boleh mengancam wajah wanita yang menggunakannya.

Ini terbukti apabila ratusan kotak produk itu bernilai lebih RM2,000 ditemui dan dirampas penguat kuasa farmasi KKM hasil pemeriksaan mengejut di beberapa premis produk tradisional sekitar Jalan Raja Bot, di sini, semalam.


Ketua Penolong Kanan Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Mazlan Ismail berkata, kandungan hydroquinone dalam produk itu amat tinggi.

Kerana itu, untuk mengelakkan nafsu terus beraja dalam diri kita. Kita hendaklah sentiasa ingatkan ALLAH S.W.T. Lengkapkan diri dengan ilmu agama yang secukupnya dan yang PALING PENTING SEKALI! Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita yer...





Monday 26 September 2011

SURAT! SURAT! SURAT LAGI UNTUK CIK PETI SURAT LAGI !!!!!

Waw!! Semalam sibuk jer Cik Peti Surat menghuraikan isu ' GADIS MELAYU MULA HILANG CIRI-CIRI KETIMURAN'. Apa-apa nak dikomen pasal isu itu,komen jer pada page sebelum ni yer..

Jadi, hari ini Cik Peti Surat terima satu lagi surat  tetapi tidak bernama. Agak misteri juga surat ni...wuhuhu...
Nak dijadikan cerita,dalam surat ni si pengirim menceritakan tentang kebimbangan dia tentang ' MASALAH PEMBUANGAN BAYI'. 
Agak panas juga topik kita kali ini dan agak related dengan topik yang sebelumnya..
Isu pembuangan bayi ini bukan sesuatu perkara yang asing dalam komuniti kita sekarang. Gejala pembuangan bayi ini berlaku apabila pasangan yang TIDAK IKATAN YANG SAH melakukan persetubuhan HARAM sehingga menyebabkan pasangannya mengandung anak luar nikah. Untuk mengelakkan maruah diri terutamanya serta keluarga daripada tercemar ,ada yang bertindak lebih daripada seekor binatang.Sedangkan binatang yang tidak mempunyai akal dan perasaan lagi mengetahui ERTI KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN terhadap anak-anaknya. Kenapa kita yang bergelar makhluk ALLAH yang paling istimewa yang dikurniakan AKAL FIKIRAN dan juga IMAN sanggup melakukan perkara keji sebegini??? Jika kita bersikap seperti ini berterusan,tidak ada beza antara kita dengan binatang?? Betul tak???? Dibawah merupakan salah satu artikel yang berkaitan dengan topik diambil daripada Berita Harian pada tahun 2010. Jom kita baca.....


Takut, malu punca remaja buang bayi – 2010/07/02

KUALA LUMPUR: Sebilangan besar individu yang terbabit dengan kes pembuangan bayi dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut statistik bermula 2004 hingga 2009 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia(PDRM).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Saei Kie berkata, sebanyak 20 kes dikesan PDRM membabitkan individu berusia bawah 18 tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi dicatatkan individu berumur 25 tahun ke atas, manakala 403 individu gagal dikesan peringkat umur mereka.
Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang.
Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang.
“Faktor lain yang turut dikenal pasti adalah kerana perasaan takut dan malu oleh remaja dan wanita yang hamil luar nikah kerana tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka.
“Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai murni serta tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sosial yang disediakan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata usaha menangani gejala sosial golongan muda ketika ini perlu diteliti bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mengelak kes itu daripada berleluasa. Sebagai contoh, katanya, cadangan menguatkuasakan larangan remaja bawah umur 18 tahun keluar rumah selepas jam 12 malam, perlu dibincangkan dengan mendalam kerana ia membabitkan hak kebebasan individu.
“Tidak salah jika remaja keluar lewat malam bersama keluarga tetapi jika keluar bersendirian atau bersama kawan, tidak bermakna mereka membuat perkara tidak elok,” katanya.

Sukar untuk kita tentukan pihak yang bersalah dalam masalah pembuangan bayi ini ( yang pasti bayi yang dikandung TAK BERSALAH yer...) ,kerana setiap pihak memainkan peranan sendiri untuk mencegah perkara ini daripada berlaku. Baik ibu bapa mahupun remaja itu sendiri terutamanya,mereka harus memikirkan impak perbuatan ini terhadap mereka. Mungkin di dunia ini mereka boleh terlepas daripada hukuman TETAPI ! WAJIB diingatkan ( takde harus,sunat , makruh lagi daa) kita manusia tidak akan terlepas dengan perhitungan dan azab di akhirat kelak. Anak yang tidak berdosa dibuang begitu sahaja seperti sampah pasti akan menuntut haknya terhadap anda disana kelak. INGAT tu yer !!! Kat sini juga Cik Peti Surat nak berkongsi link yang kawan Cik Peti Surat bagi.Sama-sama kita hayati dalam berhibur...




Bermula dgn sekadar mengurat
Lalu bertemu di satu tempat
Maka tangan pun mula melorat
Lawan peluk tak kurang hebat

... Bila peluk sama rapat
Nafas pun tersekat-sekat
Baju sendat turut terangkat
Gunung berluruh turut d’pnjat

Tinggi rendah,bacaan disukat
Jarum meter bepusing ligat
Lubang kosong mula tersumbat
Habis longgar dlunya ketat

Ular sakti menikam tepat
Bisa terpancut kononnya ubat
Ubat cinta tak pernah tergugat

9 bulan perut sarat
Dulu kosong skrg berat
Bila d’tnya kata terjerat
Time kangkang kononnya nikmat
Cepat lah abg cepat lah cepat

Pikir dunia tak ingat akhirat
Dapat baby di buang merempat
Masalah selesai kononnye selamat
Buat dulu pastu taubat

Tapi skrg sudah terlambat
Segala amalan di hitung di catat
Tunggu lah masa tunggu lah saat
Di akhirat kelak HANG TAKKAN SELAMATTT.


SO,kalau korang ada pendapat tersendiri tentang isu ini,jangan segan2 yer untuk keluarkan komen anda..Cik Peti Surat sedia menunggu...

Sunday 25 September 2011

POSTO! POSTO!!! ADA SURAT LAGI UNTUK CIK PETI SURAT!!

HAI! HAI RAKAN BLOGGER!!! Agak-agaknya lah apa pula topik kita kali ini???
Hari ini Cik Peti Surat menerima surat daripada seorang wanita yang mahu dikenali KAK PAH sahaja.
Dalam surat Kak Pah ini,dia ada mengatakan tentang gadis melayu yang mula hilang ketimuran? Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Kak Pah ini sebenarnya yer???
Betul ke GADIS MELAYU SUDAH TIDAK CIRI-CIRI KETIMURAN???
APA PUNCANYA??? SIAPA YANG BERSALAH ??? 
Ini merupakan satu isu yang WAJIB DIKETENGAHKAN oleh semua pihak bukan sunat atau makruh erk..

Hari ini juga Cik Peti Surat ada terbaca satu artikel yang berkaitan dengan isu ini ' TIGA BERADIK LIAR BURU KEPUASAN - SAPU SEMUA LELAKI '
Agak menyedihkan setelah Cik Peti Surat membaca perjalanan hidup mereka dan melalui pembacaan Cik Peti Surat banyak faktor yang menyebabkan mereka terjebak dengan gejala sosial ini. Antara faktornya disebabkan pengaruh rakan sebaya terutamanya teman lelaki mereka ,dan mungkin juga disebabkan ibu bapa kurang bertegas kepada anak-anak. Menurut Dr Rubiah, ibu bapa kurang bersuara dan tidak bertegas terhadap setiap perlakuan tidak senonoh anak-anak mereka seolah-olah menghalalkan perbuatan liar anak-anak mereka.
Bukan itu sahaja,baru- baru ini juga Cik Peti Surat juga ada menerima link daripada kawan Cik Peti Surat yang ada menyebut ;

Ramai pengguna facebook yg muslim meletakkan gambar2 yg mendedahkan AURAT. Aurat Saya Maruah Saya dan Facebook bukan tempat untuk mengumpul atau menaburkan dosa. Semak balik gambar-gambar yang
kita masukkan dalam Facebook. Jika aurat tidak ditutup dengan sempurna
atau punyai aksi-aksi yang menghairahkan, mari kita menghapuskan semua GAMBAR YANG MENDEDAHKAN AURAT.

Apa yang disampaikan oleh rakan Cik Peti Surat adalah perkara yang benar jika lihat sendiri dalam laman web sosial seperti facebook,twitter.Amat menyedihkan apabila melihat perempuan terutama GADIS MELAYU yang beragama Islam memuat turun gambar-gambar yang mendedahkan aurat. Ada pula yang bertudung tetapi di dalam laman web sosial memuatkan turun gambarnya yang tidak bertudung.Apa cerita tu?? Cer cer citer...
Kat bawah ini ada sedikit gambar yang menunjukkan kepupusan budaya timur dalam kalangan remaja melayu kita.. ( bukan untuk mengaibkan mana- man pihak tapi sekdar untuk dijadikan teladan untuk semua)





Selain itu, hal ini dapat dibuktikan lagi dengan keadaan disekeliling kita. Kalau dahulu pada zaman emak kita sukar untuk kita lihatwanita pada zaman itu keluar masuk keluar masuk dengan lelaki yang bukan muhrim . Namun,SEKARANG???! Perkara itu bagaikan sudah menjadikan perkara yang biasa dalam masyarakat kita kini. Hinggakan ada anak gadis keluar sehingga larut malam. Kenapa hal ini terjadi??? Dimana pergi budaya timur kita yang mementingkan adab dan juga etika sebagai seorang WANITA TIMUR??

So, apa pula pendapat korang tentang isu ini ' GADIS MELAYU MULA HILANG CIRI KETIMURAN??? Anda setuju?? 

Friday 23 September 2011

POSTO! POSTO!!! ADA SURAT UNTUK CIK PETI SURAT!!

Hari ini Cik Peti Surat dapat surat daripada seorang lelaki yang menceritakan masalah dalaman ataupun jiwanya. JOM! KITA BACA SAMA2...Tapi Cik Peti Surat jadikan cerita lelaki itu sebagai satu cerita.( Sng ckit nak bg korang phm)

SESAL

' Dani! Dani!' Satu suara wanita kedengaran memanggil aku dan aku mengenali pemilik suara itu.

' Ehmm..ada apa lagi Zana?' Soalku dengan dingin.

' Dani marah kat Zana ker? Ni sebenarnya Zana dah buatkan surat permohonan yang Dani nak kan tu.Jadi, sekarang cuba perlukan cop jer dari pengurus kita untuk luluskan.' Ujar Zana lalu memberikan sampul surat kepada Dani.

' Laa....kenapa u tak minta sekali cop ?? ishh..menyusahkan betul la u ni.' Marahku tanpa menyedari perubahan air muka Zana.

' Ar..takpelah..biar Zana jer minta cop tu kat Encik Saiful.'  Jawab Zana hampa lalu mengambil surat itu dari tangan Dani dan terus pergi tanpa sebarang kata. Ish..sikit-sikit nak merajuk perempuan ni,gerutu Dani dalam hati.

Hubungan Dani dan Zana sudah mencecah usia empat tahun. Pada awal hubungan mereka, Dani melayan Zana bagaikan pemaisuri . Namun, setelah hubungan mereka masuk tahun kedua, hubungan mereka kian dingin. Dani melayan Zana endah tidak endah dan sentiasa mengesa Zana untuk melakukan sesuatu.
Petang itu, Dani ke Bistro Saloma bersama rakan-rakannya. Sedang asyik bersembang dengan rakannya,Blackberry miliknya bernyanyi menandakan ada panggilan masuk. 

' Hah! Kenapa u call?' Soal Dani agak dingin.


' Dani, I dah dapatkan cop dari Encik Saiful,so,sekarang  kita kena pergi jabatan tu untuk hantar permohonan u ni sebab hari ini tarikh akhir untuk hantar.' Jelas Zana dalam talian. Dani merengus geram.


' Yela..u datang ke Bistro Saloma sekarang. Pas tu kita pergi.'


' Tapi..' tut..tut.tut.. Belum sempat Zana hendak menghabiskan ayatnya ,Dani menamatkan perbualan mereka.


Hampir sejam Dani menunggu kedatangan Zana,akhirnya Zana tiba ke Bistro Saloma. Namun kedatangannya disambut dengan wajah marah Dani. Tanpa menunggu penjelasan daripada Zana,Dani terus menyergah Zana. ' U tau tak I tunggu u nak dekat sejam .Apasal u lambat sangat?!' 


' Kereta I rosak,so,I kena ambik bas.I call u banyak kali tadi tapi u langsung tak angkat.' Dani terus berlalu tanpa memberi sebarang reaksi pun kepada Zana. Tanpa Dani sedari, Zana mula berasa dirinya dipermainkan dan tidak dihargai.


Tiada sepatah kata pun keluar dari mulut masing-masing sehinggalah mereka sampai ke jabatan itu.Setelah urusan selesai,mereka melangkah ke kereta. Tiba-tiba telefon bimbit Dani mejerit minta diangkat.Selesai berbual di  telefon,Dani terus menoleh ke arah Zana yang setia menunggunya.


'Zana,u boleh tak balik pakai bas?' Soalku dan ternyata air muka Zana berubah keruh.


' Kenapa?'


' Ermm..Mamin call I tadi dia cakap ada hal penting nak jumpa dengan I . So,dia nak jumpa I sekarang. Kalau  I hantar u, I takut I lambat pula nak jumpa Mamin.Lagipun rumah u tak jauh dari sini kan?' Jelas Dani cuba memujuk Zana. Satu keluhan keluar dari Zana.


' Takpela. U pergilah, I boleh balik pakai bas.' Zana mengalah jua akhirnya.


                     ****************

Hampir lebih dari dua minggu, Dani tidak menghubungi Zana. Malah,Zana juga tidak menghubunginya. 
Pada suatu petang, Dani telah menerima sms daripada Zana.

Dani, i nk jumpa u ptg ni.
tmpt biasa pkul 5 ptg ni.

Petang itu mereka berjumpa di tempat yang telah dijanjikan. Wajah Zana kelihatan serius ketika itu.

' Erm..ada apa u nak jumpa i?' Soal Dani sebaik sahaja melabuhkan punggung nya di kerusi hadapan Zana.

' I nak putuskann hubungan kita.' Satu ayat berbisa telah merentap jiwa Dani.

' Kenapa?' Dani cuba berlagak seperti biasa.

' Dani, I sayangkan u sangat tapi I dah tahan kalau u buat I macam ni. Dah empat tahun kita bersama tetapi u buat I macam orang luar jer. Sapa I pada u? Setiap apa yang I buat untuk u,u langsung tak hargai. I tak minta apa-apa pun pembalasan dari u cuma I minta u hargai apa yang dah buat untuk u. Nah,ambil balit cincin ini sebab I tak berhak untuk pegang cincin tu.Mungkin Farah lebih layak untuk menerimanya.' 

' Apa kaitan pula dengan Farah?' Soal Dani sedikit marah walaupun dalam hatinya mengatakan Zana sudah menghidu hubungan antara dia dan Farah.

' Dani, tak payah u nak buat-buat tak tahu. I nampak dengan mata kepala I sendiri u berpegang-pegang tangan dengan Farah di Time Square hari tu. Sampai hati u buat I macam ni. Takpe la Dani,I redha kasih u bukan untuk I.Assalamualaikum.' Zana terus berlalu pergi tanpa menunggu balasan daripada Dani. Dani hanya sekadar memandang kosong pemergian Zana.

******************************
Dani sangka dia akan dapat hidup tanpa Zana. Tetapi ternyata tidak kerana dia mula merasakan kekosongan. Farah yang disangkakan mencintainya ternyata hanya mempermainkannya. Rindunya terhadap Zana mula bertamu dihati. 

Pada petang itu, Dani memberanikan diri untuk menelefon Zana dan panggilannya diangkat.

' Helo.' Kedengaran satu suara yang drinduinya.

' Helo Zana. Ini I Dani. U apa khabar?' Dani memulakan perbualan.

' Baik,alhamdulillah. Ada apa u call I?' Soal Zana pula.

' I rindukan u ,Zana. Zana, I nak minta maaf atas perbuatan I hari tu. I janji mulai sekarang I akan jaga u, hargai u dan takkan curang dengan u. I akan layan u baik-baik. Kita mula hubungan baru ye.' Pinta Dani dengan nada mengharap agar Zana mahu kembali kepadanya.

' Dani, I tak boleh kembali kepada u. ' Jelas Zana.

' Kenapa Zana?' 

' I dah jadi tunangan orang. Selepas hari kita putuskan hubungan, Zana terus menerima pinangan dari anak kawan ayah I. I ketika itu hanya menerima sahaja sebab I betul-betul kecewa dengan u. Maafkan I,Dani. I tak dapat memenuhi permintaan u tu.' Tut..tut..tut..Panggilan terputus.

Dani hanya terkedu dan ketika itu sejuta penyesalan menular dalam dirinya. Meskipun Zana yang memutuskan hubungan mereka tetapi semuanya berpunca darinya.

-TAMAT-

So,apa pendapat korang dengan cerita ini??
Kalau nak komen-komen tu,sila post jer kat komen bawah tu nanti. Nanti Cik Peti Suara balas la apa yang patut.
Nak cerita lagi??
Jadilah follower Cik Peti Surat yer....



Assalamualaikum dan selamat petang semua rakan blogger!!! Aloooha everyone!! WELCOME TO MY BLOG!! This is me, CIK PETI SURAT!!

Mesti semua tertanya-tanya apa jenis blog la yg Cik Peti Surat buat ni kan?? This blog just for sharing is caring , caring is loving , and loving is...???? pandai2 korang la nak letak apa yer..hehehe..

This is my first time create a blog..so,kalau ada yg krg2 tur harap dimaafkan ..
Sebagai permulaan, jom kita kongsi cerita!!! jom!!!!!!!!!!

Pernah tak kamu mengalami situasi kamu telah dipulaukan dalam kalangan rakan kamu?? ermmm...agak2nya la kan...apa tindakan kamu?? macam mana cara kamu mengatasi nya??