Hangat!!

Friday 23 September 2011

POSTO! POSTO!!! ADA SURAT UNTUK CIK PETI SURAT!!

Hari ini Cik Peti Surat dapat surat daripada seorang lelaki yang menceritakan masalah dalaman ataupun jiwanya. JOM! KITA BACA SAMA2...Tapi Cik Peti Surat jadikan cerita lelaki itu sebagai satu cerita.( Sng ckit nak bg korang phm)

SESAL

' Dani! Dani!' Satu suara wanita kedengaran memanggil aku dan aku mengenali pemilik suara itu.

' Ehmm..ada apa lagi Zana?' Soalku dengan dingin.

' Dani marah kat Zana ker? Ni sebenarnya Zana dah buatkan surat permohonan yang Dani nak kan tu.Jadi, sekarang cuba perlukan cop jer dari pengurus kita untuk luluskan.' Ujar Zana lalu memberikan sampul surat kepada Dani.

' Laa....kenapa u tak minta sekali cop ?? ishh..menyusahkan betul la u ni.' Marahku tanpa menyedari perubahan air muka Zana.

' Ar..takpelah..biar Zana jer minta cop tu kat Encik Saiful.'  Jawab Zana hampa lalu mengambil surat itu dari tangan Dani dan terus pergi tanpa sebarang kata. Ish..sikit-sikit nak merajuk perempuan ni,gerutu Dani dalam hati.

Hubungan Dani dan Zana sudah mencecah usia empat tahun. Pada awal hubungan mereka, Dani melayan Zana bagaikan pemaisuri . Namun, setelah hubungan mereka masuk tahun kedua, hubungan mereka kian dingin. Dani melayan Zana endah tidak endah dan sentiasa mengesa Zana untuk melakukan sesuatu.
Petang itu, Dani ke Bistro Saloma bersama rakan-rakannya. Sedang asyik bersembang dengan rakannya,Blackberry miliknya bernyanyi menandakan ada panggilan masuk. 

' Hah! Kenapa u call?' Soal Dani agak dingin.


' Dani, I dah dapatkan cop dari Encik Saiful,so,sekarang  kita kena pergi jabatan tu untuk hantar permohonan u ni sebab hari ini tarikh akhir untuk hantar.' Jelas Zana dalam talian. Dani merengus geram.


' Yela..u datang ke Bistro Saloma sekarang. Pas tu kita pergi.'


' Tapi..' tut..tut.tut.. Belum sempat Zana hendak menghabiskan ayatnya ,Dani menamatkan perbualan mereka.


Hampir sejam Dani menunggu kedatangan Zana,akhirnya Zana tiba ke Bistro Saloma. Namun kedatangannya disambut dengan wajah marah Dani. Tanpa menunggu penjelasan daripada Zana,Dani terus menyergah Zana. ' U tau tak I tunggu u nak dekat sejam .Apasal u lambat sangat?!' 


' Kereta I rosak,so,I kena ambik bas.I call u banyak kali tadi tapi u langsung tak angkat.' Dani terus berlalu tanpa memberi sebarang reaksi pun kepada Zana. Tanpa Dani sedari, Zana mula berasa dirinya dipermainkan dan tidak dihargai.


Tiada sepatah kata pun keluar dari mulut masing-masing sehinggalah mereka sampai ke jabatan itu.Setelah urusan selesai,mereka melangkah ke kereta. Tiba-tiba telefon bimbit Dani mejerit minta diangkat.Selesai berbual di  telefon,Dani terus menoleh ke arah Zana yang setia menunggunya.


'Zana,u boleh tak balik pakai bas?' Soalku dan ternyata air muka Zana berubah keruh.


' Kenapa?'


' Ermm..Mamin call I tadi dia cakap ada hal penting nak jumpa dengan I . So,dia nak jumpa I sekarang. Kalau  I hantar u, I takut I lambat pula nak jumpa Mamin.Lagipun rumah u tak jauh dari sini kan?' Jelas Dani cuba memujuk Zana. Satu keluhan keluar dari Zana.


' Takpela. U pergilah, I boleh balik pakai bas.' Zana mengalah jua akhirnya.


                     ****************

Hampir lebih dari dua minggu, Dani tidak menghubungi Zana. Malah,Zana juga tidak menghubunginya. 
Pada suatu petang, Dani telah menerima sms daripada Zana.

Dani, i nk jumpa u ptg ni.
tmpt biasa pkul 5 ptg ni.

Petang itu mereka berjumpa di tempat yang telah dijanjikan. Wajah Zana kelihatan serius ketika itu.

' Erm..ada apa u nak jumpa i?' Soal Dani sebaik sahaja melabuhkan punggung nya di kerusi hadapan Zana.

' I nak putuskann hubungan kita.' Satu ayat berbisa telah merentap jiwa Dani.

' Kenapa?' Dani cuba berlagak seperti biasa.

' Dani, I sayangkan u sangat tapi I dah tahan kalau u buat I macam ni. Dah empat tahun kita bersama tetapi u buat I macam orang luar jer. Sapa I pada u? Setiap apa yang I buat untuk u,u langsung tak hargai. I tak minta apa-apa pun pembalasan dari u cuma I minta u hargai apa yang dah buat untuk u. Nah,ambil balit cincin ini sebab I tak berhak untuk pegang cincin tu.Mungkin Farah lebih layak untuk menerimanya.' 

' Apa kaitan pula dengan Farah?' Soal Dani sedikit marah walaupun dalam hatinya mengatakan Zana sudah menghidu hubungan antara dia dan Farah.

' Dani, tak payah u nak buat-buat tak tahu. I nampak dengan mata kepala I sendiri u berpegang-pegang tangan dengan Farah di Time Square hari tu. Sampai hati u buat I macam ni. Takpe la Dani,I redha kasih u bukan untuk I.Assalamualaikum.' Zana terus berlalu pergi tanpa menunggu balasan daripada Dani. Dani hanya sekadar memandang kosong pemergian Zana.

******************************
Dani sangka dia akan dapat hidup tanpa Zana. Tetapi ternyata tidak kerana dia mula merasakan kekosongan. Farah yang disangkakan mencintainya ternyata hanya mempermainkannya. Rindunya terhadap Zana mula bertamu dihati. 

Pada petang itu, Dani memberanikan diri untuk menelefon Zana dan panggilannya diangkat.

' Helo.' Kedengaran satu suara yang drinduinya.

' Helo Zana. Ini I Dani. U apa khabar?' Dani memulakan perbualan.

' Baik,alhamdulillah. Ada apa u call I?' Soal Zana pula.

' I rindukan u ,Zana. Zana, I nak minta maaf atas perbuatan I hari tu. I janji mulai sekarang I akan jaga u, hargai u dan takkan curang dengan u. I akan layan u baik-baik. Kita mula hubungan baru ye.' Pinta Dani dengan nada mengharap agar Zana mahu kembali kepadanya.

' Dani, I tak boleh kembali kepada u. ' Jelas Zana.

' Kenapa Zana?' 

' I dah jadi tunangan orang. Selepas hari kita putuskan hubungan, Zana terus menerima pinangan dari anak kawan ayah I. I ketika itu hanya menerima sahaja sebab I betul-betul kecewa dengan u. Maafkan I,Dani. I tak dapat memenuhi permintaan u tu.' Tut..tut..tut..Panggilan terputus.

Dani hanya terkedu dan ketika itu sejuta penyesalan menular dalam dirinya. Meskipun Zana yang memutuskan hubungan mereka tetapi semuanya berpunca darinya.

-TAMAT-

So,apa pendapat korang dengan cerita ini??
Kalau nak komen-komen tu,sila post jer kat komen bawah tu nanti. Nanti Cik Peti Suara balas la apa yang patut.
Nak cerita lagi??
Jadilah follower Cik Peti Surat yer....



No comments:

Post a Comment