Hangat!!

Friday 23 September 2011

Assalamualaikum dan selamat petang semua rakan blogger!!! Aloooha everyone!! WELCOME TO MY BLOG!! This is me, CIK PETI SURAT!!

Mesti semua tertanya-tanya apa jenis blog la yg Cik Peti Surat buat ni kan?? This blog just for sharing is caring , caring is loving , and loving is...???? pandai2 korang la nak letak apa yer..hehehe..

This is my first time create a blog..so,kalau ada yg krg2 tur harap dimaafkan ..
Sebagai permulaan, jom kita kongsi cerita!!! jom!!!!!!!!!!

Pernah tak kamu mengalami situasi kamu telah dipulaukan dalam kalangan rakan kamu?? ermmm...agak2nya la kan...apa tindakan kamu?? macam mana cara kamu mengatasi nya??


Cik Peti Surat percaya mesti ramai dalam kalangan kita dah merasai pahit getir berhadapan dengan situasi ini.
Sebelum kita nak tahu cara mengatasi masalah ni,kita selami cerita dibawah ..jeng..jeng..jeng..

AKU ADA BUAT SALAH KER???

Pagi itu bermula seperti biasa. Bangun pagi. Terus mandi. Berkemas. Sarapan pagi. Kemudian bersiap untuk turun ke sekolah.
Na na  na na na na na na na! Hati Mia berlagu riang. 
Sebaik sahaja tiba di kelas,cuma Rita dan Denise yang sudah sampai. Awal gak ku sampai hari ni? Hatinya berbangga sendiri. Namun,tiada sapaan daripada mereka seperti  biasa. Pelik tapi takpela.Bergaduh dengan kekasih kot. Senda hati Mia.
kringgggggggggggggggg!!! Loceng sekolah berbunyi menandakan mulanya sesi pembelajaran hari ini.Namun mata hidung kawan sehidup semati Mia tidak juga muncul-muncul. Mana la pergi si budak bertuah ni?? Takkan tak hadir hari ini kot?? Gerutu hati Mia.

' Arghh..comfirm sangat la Ema tak datang hari .' 

Matapelajaran pertama hari adalah subjek yang paling diminati Mia iaitu Kimia.
Namun,Mia mula merasa lain di dalam kelasnya.
Mia hanya duduk keseorangan di meja hadapan tanpa seorang pun rakan yang sudi duduk bersamanya.

' Perasaan ku je kot..arggh..tak payah nak layan.' Mia cuba menyedapkan hatinya.

Tetapi, dilema ini terus berterusan hampir sebulan lebih. Walaupun Mia ada Ema disisi,namun jurang yang berlaku di antara dia dan rakan-rakan lain semakin tampak. Hal ini membuatkan Mia bertambah tertekan. Mia semakin yakin dengan firasatnya bahawa dia dipulaukan apabila Miss Eng meminta mereka membahagikan diri kepada beberapa kumpulan. Alangkah sedihnya hati Mia ketika itu,hanya Ema sahaja yang mahu sekumpulan dengannya. Dengan sekilas pandang, satu senyuman sinis diukir Rita. 

'Kenapa kamu berdua sahaja? Dua orang lagi masuk dalam group Mia.' Arah Miss Eng. Namun, mereka hanya melihat sesama sendiri menunggu sukarelawan untuk masuk ke kumpulan Mia. Akhirnya,Miss Eng sendiri memilih rakan kelas lain untuk menyertai kumpulan Mia. 
Semasa melakukan aktivti kumpulan,terdengar suara-suara sumbang menyindir Mia.

' Kesian..takde sorang yang sudi sama kumpulan dengan dia kecuali sahabat sejati dia je. Kalau aku kat tempat dia,ehhmm...lama dah aku belari ke toilet kemudian flush muka aku dalam tangki tandas tu.' Kata-kata Rita meraih gelak ketawa rakan-rakan  lain.
Ema yang kebetulan berada disebelahku menepuk bahu meminta Mia bersabar.

' Ema? Aku ada buat salah ker?' 


Situasi begini bukanlah perkara luar biasa dalam kehidupan kita kerana hampir setiap orang mengalami masalah dipulaukan dalam kelompok sendiri sama ada di rumah atau di sekolah atau di tempat kerja.Yang membezakan adalah cara kita mengatasi masalah ini. Kat bawah ni, ada sedikit tips yang mungkin boleh membantu anda apabila berhadapan dengan masalah 'DIPULAUKAN'.

i - Fikir secara rasional dan positif.
ii- Sentiasa tenang walaupun dicerca,disindir,ditempelak,dihina dan bermacam-macam di lah...
iii- Cari punca berlakunya masalah PULAU MEMPULAU.
iv- Jika sudah ketahui,kenal pasti cara terbaik untuk mengendali punca tersebut.
v- Cari rakan atau seseorang yang boleh dipercayai ( kakak ker, kaunselor ker, boyfriend ker, girlfriend ker...dll) untuk mendengar luahan hati anda. Nescaya,anda akan merasa fUhhh..lega!
vi - Jangan menggunakan kekerasan kepada orang walaupun mereka bersalah. Kerana ini akan memburukkan keadaan antara kamu dan mereka.

InsyaALLAH dengan tips yang ada ini dapat membantu siapa2 diluar sana yg ada masalah sebegini rupa. Ingat!! Bersabar itu separuh daripada iman kita. Kalau nak marah tu,ingatkan ALLAH dan sebut namanya ALLAH! ALLAH! ALLAH! Nescaya kita akan berasa tenang. Insya ALLAH....

Thats all from me, Cik Peti Surat. 

Kalau anda suka, di alu-alukan untuk like..
Sebarang komen,silakan untuk post...




1 comment: